Wednesday 11 May 2011

Perjuangan Berlandaskan Apa? Kerana Allah dan Rasulnya Mati Pun Tak Apa

Kalau perjuangan hanya kerana keredhaan Allah dan Rasulnya penghinaan sebegini hanyalah satu dari dugaannya dan air mata boleh dititiskan di malam yang sepi bersama tahajud dan bukan di halayak ramai untuk menagih simpati para pengundi. 


Siapa Ingat? Nik Aziz Menangis Digelar Anwar Ulamak Terompah Kayu 

Anwar memang kaki maki, kisah Anwar maki Perdana Menteri sekarang ini bukanlah yang pertama tapi dari sejak dulu pun memang Anwar kaki maki, PAS, Nik Aziz, DAP semuanya pernah kena maki dek Anwar dengan gelaran yang banyak antaranya masih menjadi ikutan sehingga hari ini. 

Menarik, memang menarik bila bercakap tentang Anwar dulu dan sekarang. Kalau air ludah itu boleh ditadah dan disimpan, gamaknya ntah berapa gelen air ludah Anwar semasa dalam UMNO yang dah dijilat dan dihirupnya semula sejak menjadi pemimpin pembangkang ni. 

Orang PAS yang terbaring terlangkup sokong Anwarlah hari ini terlupa, Anwar adalah yang mula-mula sekali gelar dewa hidup PAS, Nik Aziz Nik Mat sebagai ulama terompah kayu satu ketika sampai menangis orang tua tu dulu. 

Apa maksud ulama terompah kayu? 

Maksudnya bising-bising macam bunyi terompah kayu tapi tetap duduknya di kaki. Itu maksud Anwar kepada Nik Aziz satu ketika dulu, mana tak sedih orang tua tu. Sebagai balasan, PAS menggelarkan pula ulama yang menyokong UMNO sebagai Ulama Syaitan Bisu tapi sebab Anwar cekap bab berhujah, maka PAS akhirnya guna balik istilah sama (ulamak terompah kayu) kepada ulama yang menyokong UMNO. 

Begitulah sejarah sehinggalah ke saat Anwar dibuang dari UMNO, gelaran ulama terompah kayu itu tidak lagi kedengaran lagi dalam kempen UMNO berhadapan PAS sebab tukang yang mulakan dah kena terajang keluar. 

Dulu, macam itulah hina Nik Aziz di mata Anwar, duduknya Nik Aziz di kaki saja sebab itu istilah ‘terompah kayu’ digunakan. Tapi sebab politik, sebab kuasa, sebab nak jadi kerajaan, sebab duit – Nik Aziz dan balacinya lupakan semua itu untuk menjilat balik Anwar. 

Nampak sangat air mata Nik Aziz, air mata buaya. 

Mana ada sebab perjuangan!! Jauh lagi sebab rakyat. Kalau perjuangan, PAS tak kerjasama dengan orang ini (Anwar). Dulu dicanang satu negara Anwar al-jubori, sekarang dah tersabit DNA jumpa dalam dubor Saiful ditambah pulak video seks yang terang-terang menunjukkan muka Anwar pun PAS masih lagi buat tak nampak malah makin ghairah menyokong. 



Let alone dewa hidup PAS si Nik Aziz dikutuk Anwar selayak dengan terompah yang duduk di kaki. 

Penulis memang getik satu badan bila PAS dan Anwar cakap pasal perjuangan. Walhal dulu masing-masing maki memaki satu sama lain, maki yang jenis bakar perahu tau, bukan kecik anak punya maki. Mana ada perjuangan, semua sebab nak kelentong rakyat untuk berkuasa 

Ada kata dulu, dulu punya hal, yang penting masa depan. Ini yang nak penulis betulkan, dari yang silam datang yang akan datang. Dalam hal Anwar, apa yang dikata dan disebut mengenai PAS memang datang dari hatinya, bukan sebab apa yang lain. Itu yang sebaik dibuang dari UMNO, Anwar tak masuk PAS sebaliknya ambil alih parti lain dan tubuhkan Keadilan yang kini PKR. 

Kalau dah begitu keadaannya macam mana nak harapkan kedua puak ini akan bekerjasama di masa depan. Malah dalam keadaan sekarang pun PAS sering disideline oleh Anwar dan DAP dalam banyak hal terutama di negeri di mana Pakatan memerintah. 

Penulis ingat yang Anwar mula gelar Nik Aziz ulama terompah kayu tetapi tak ingat yang Nik Aziz menangis kerananya sehingga diingatkan YB Zulkifli Nordin disini. 

Mengapa mesti solat hajat begini? Bukankah lebih baik serahkan sahaja pada Allah untuk menentukan..

Tidak hairanlah mengapa anuar tidak sanggup bersumpah.


Bukankah lebih baik bersolat hajat supaya Allah menunjukkan kebenaran dari solat untuk melaknat supaya mengenakan sopak, kecacatan atau gila kepada Saiful atau Tun? 


Berkemungkinan apa yang dipohonkan boleh menzalimi mereka. 
Apakah manusia lebih bijak dari yang maha mencipta dan maha bijaksana sehingga ingin menjatuhkan hukuman ? Serahkan segalanya pada Allah, biar yang maha berkuasa menentukannya. 




KUALA LUMPUR 12 April - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.

Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.

Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.

"Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.

"Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.
"Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?

"Kebenaran apa lagi yang kalian tunggu?'' katanya dalam entri bertajuk 'Haq Dan Kebenaran' di blognya, zul4kulim.blogspot.com.

Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.
"Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.

Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.
"Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.

"Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.

Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.

Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.

"Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah hantar. Persoalannya, tidakkah terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,'' tambahnya.

Dapatkah Capal Singh Menyelamatkan Anuar Dari Di Penjara Sehingga 20thn

Kerana isu percanggahan dakwaan melalui keterangan saksi dan pendakwaan kanun keseksaan 377B berjayakan capal singh menyelamatkan anuar dari dipenjara sehingga 20 tahun?

http://www.youtube.com/watch?v=FgMsP5MejQw&feature=related

Untuk Mencari Kebenaran Mungkin Penyokong PKR Dan PAS Kena Dengar Penerangan Zulkifli Noordin

Memalukan kes anuar ni kepada kita semua orang Islam. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tapi realitinya, inilah perebutan kuasa dunia.

Pembaca berita bloomberg kata "anuar tak nak bagi DNA kerana takut ianya di doktored ( diubahsuia untuk menyabitkan dirinya). sementara Zulkifli Noordin MP Kulim-Bandar Baharu pula cakap "inilah peluang terbaik untuk anuar membersihkan namanya"

 http://www.youtube.com/watch?v=Ih357X_sK7A&feature=related

Anwar Dah Merapu Bersumpah Dengan " Demi Angin, Dan Lautan, Dan Jembalang" Budaya Melayu

Apa yang anuar cakap ni? Anwar dah kian merapu? Pernah dengar ke orang melayu bersumpah macam tu?

He does not make sense anymore. Quote " Demi Angin dan lautan dan jembalang saya bersumpah" tapi kalau bersumpah dengan nama Allah it is a religious issue dont politicise it..

 http://www.youtube.com/watch?v=DZTvyJqGpNc&feature=related

Tuesday 10 May 2011

Doa Untuk Najib Dan Zahid oleh Nik Aziz

Adakah boleh kita berdoa begini? Meminta bala untuk musuk politik sedangkan mereka orang2 Islam?

Sedangkan yang menjadi sahabat dan kroni Pas ialah capal singh (over my dead body on hudud) dan  lim kit siang.ketua parti komunis bintang tiga.

 http://www.youtube.com/watch?v=u0fT_aURpAY&feature=related

Monday 9 May 2011

Sama-sama Kita Tegakkan Hukum Islam Dengan Apa Cara Sekalipun.

Perpaduan Umat Islam: Islam atau Politik lebih penting?

Melayu merupakan penduduk asal negara ini. Dalam kata lain, Melayu adalah bumiputera negara ini. Melayu juga adalah kaum bumiputera terbesar Tanah Melayu yang kemudiannya ditukar namanya menjadi Malaysia. Namun, Melayu masih berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Itu status Melayu sekarang.

Antara faktor terbesar yang menjadi penyebab pepecahan Melayu ialah ideologi POLITIK. Kerana perbezaan politik, Melayu yang dulunya bersatu, kini berpecah belah. Kerana perbezaan politik juga, Melayu mengenepikan ajaran Islam semata-mata untuk memuaskan nafsu dan kepentingan politik mereka.

Politik adalah perkara subjektif dan boleh diubah-ubah mengikut keadaan, zaman dan pucuk pimpinan parti. Sebagai contoh, PAS dan UMNO pernah bersatu dan kemudian berpecah kemudiannya. PAS dan UMNO bersatu kerana faktor pemimpin, zaman dan keadaan semasa.

Ketika penyatuan PAS di bawah BN dahulu, Melayu dilihat sangat ultra. Melayu bersatu selepas kejadian 13 Mei. Melayu bersatu selepas melihat kuasa Melayu dan Islam terancam dan Melayu bertindak untuk bersatu. Namun, hanya kerana beberapa kemelut perbezaan pendapat di antara PAS dan UMNO, menyebabkan PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Maka Melayu berpecah sekali lagi.

Kini, pemimpin yang menyebabkan pepecahan PAS dan UMNO sudah tidak berkuasa. PAS di pimpin oleh Hadi dan UMNO di pimpin oleh Najib. Najib mempelawa PAS bersatu kembali di bawah BN, dan ini dilihat satu usaha yang baik oleh rakyat yang sudah muak dengan pepecahan Melayu Muslim yang merugikan mereka.

Namun, PAS masih jual mahal dan enggan bersatu. Mengapa? Kerana Nik Aziz berdendam pada UMNO dan BN tentang peristiwa lalu. Kerana PAS melihat DAP dan PKR lebih “mulia” dan “Islamik” berbanding UMNO dan BN. DAP dipeluk dan Guan Eng dinobatkan sebagai “Khalifah Ar-Rasyid” di Pulau Pinang.

Pas menganggap pelawaan Najib itu adalah kerana politik, dan bukan ikhlas kerana Islam. Kata PAS, pelawaan Najib itu adalah kerana UMNO lemah dan hanya ingin bersatu demi bangsa Melayu. Itu sangkaan PAS.

Namun, benarkah apa yang dianggap PAS itu? Benarkah UMNO lemah dan pelawaan Najib itu lebih kepada motif politik? Apakah politik merupakan segalanya bagi agenda penyatuan dan perpaduan umat Islam di Malaysia?

Jika jawapan bagi persoalan tersebut adalah “YA”, maka jelaslah bahawa prinsip jawapan itu berTuhankan politik dan mengenepikan ajaran Islam yang disampaikan Rasulullah S.A.W. Prinsip itu meletakkan Islam di bawah, politik di atas! Prinsip itu lebih mengutamakan nafsu dan kepentingan kuasa politik serta mengenepikan ajaran Islam yang menyeru umatnya agar bersatu.

Pada masa ini, saya melihat UMNO lebih positif ke arah menyatupadukan umat Islam. Pelawaan Najib itu bukan kerana politik. Pelawaan itu kerana beliau tidak rela melihat saudara seIslamnya terus dipermainkan dan dikotorkan oleh DAP dan PKR. DAP jelas menolak Islam dan PKR jelas menipu serta bersifat munafik dalam pelbagai segi.

Memang UMNO ada “kurang”nya dan kurangnya itulah yang perlu diisi oleh PAS! UMNO tidak meminta PAS membubarkan partinya. UMNO hanya meminta PAS bersatu bersamanya untuk menyatukan umat Islam, sama-sama mengimarahkan Malaysia sebagai sebuah Daulah Islamiyyah yang lebih hebat dan sama-sama mempertahankan kuasa Melayu Muslim di Tanah Melayu ini. Salahkah pelawaan itu?

Pelawaan itu hanya diputar belit oleh segelintir golongan yang kononnya “berilmu tinggi”, professor “serba tahu”, ulama “hebat tersohor” dan parti politik bukan Islam bukan bumiputera yang sememangnya takut dan risau melihat penyatuan dan perpaduan dikalangan umat Melayu Muslim!

Mereka takut dengan agenda persaudaraan Melayu Muslim akan menjadi seperti perpaduan di antara Muhajirin dan Ansar yang memperlihatkan kekuatan Islam ke seluruh dunia! Mereka takut dengan perpaduan Melayu Muslim kerana ia bakal menggagalkan misi mereka ke Putrajaya dan merubah Tanah Melayu ini mengikut acuan kehendak mereka!

Menyedihkan. Mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku. Itulah yang saya boleh simpulkan kepada agenda perpaduan Melayu Muslim di negara ini. Meskipun begitu, saya tidak akan berputus asa untuk menyampaikan mesej kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Melayu Muslim tentang agenda ini supaya diusahakan demi masa depan umat Melayu Muslim di negara ini.

Kita Melayu perlu bersatu. Letakkanlah kepentingan politik di bawah dan letaklah kembali Islam di atas. Itu saja yang dapat menyatu padukan umat Islam di Malaysia ini. Buanglah ego, dendam dan kepentingan mengejar kuasa kerana ianya lebih kepada urusan duniawi yang akan diperhitungkan kelak diakhirat. Agenda Islam di negara ini lebih penting!